MISTAKEN IDENTITY..
Assalamulaikum.. aku mau crita-crita sikit pasal aku di muka bumi ni. lama sudah aku lahir pun. kira time zaman-zaman rock tengah panas la. tapi time tu pengaruh 70's masih kuat jadi ramai la yang pakai seluar 'senapang' + baju T yang ada gambar2. kahkahkah!! aku pun pakai juga bah. lepas tu rock era datang. seluar mengecil habis, fit kambing orang cakap. mau buka pun kadang mau guna gillate sudah. bayangkan saja la kalau emergency mau berak, rasakan la nikmatnya. kasut mesti mau jenama Alip punya la. baju pun gambar yang ganas2 saja. tapi aku lain sikit. seluar still yang besar bawah, pakai kasut legend lagi tu. mau satu tahun kumpul duit woo mau beli tu kasut saja. rambut time tu pun kategori 'gondrong' juga eh. kalau beli selipar pun mau juga 'capal' baru rock. padahal tu kan pakistan yang ramai pakai. time skolah aku ni bukanla teruk betul pun. kira ok2 juga la. sampai juga aku form 6. lepas belajar aku cuba2 nasip kerja. wui na!! sembarang kerja sudah aku buat. hookmen lori, bengkel, kilang ikan, tukang cabut paku di papan, angkat2 barang, dan lain2 yang setaraf dengannya. tapi part time aku lagi best, main muzik, melukis dan jual burger. yang ini income enda tetap tapi bole la menampung hidup pengangguran. hasil duit part time aku juga la yang jadi modal pertama aku melangkah ke menara gading (universiti la!!). yang paling enda bestnya tu time daftar pegawai tu cakap yang dia pilih aku masuk tu course sebab aku rambut panjang dan imej samseng. cuma time daftar tu aku sudah good boy la. aku ambil ni sebagai satu cabaran sebab biasa la ba tu kan, janji masuk 'U' bah. kira orang pandai la bah aku ni sebab dapat masuk universiti juga. betul2 jadi awang thrasher aku time study, jalan pagi pulang malam ooo.. tapi usaha pasti ada balasannya kan. wui na geng, first semester saja dapat dean list. fuhhhh!! popular juga jadinya. member2 semua fikir aku ni pengikut death metal underground sebab imej aku time study tu tapi sebenarnya jiwa aku ni flexible juga bah. of coz hard rock and rock ballads jadi pilihan. tapi aku ni jenis layan saja semua jenis muzik. dangdut pun aku respek juga genre tu. cuma aku enda berapa ngam dengan modern rock la. arrangement muzik dia berterabur. ada juga yang ok la. tapi... what to say. heeeee. pasang telinga tanya la hati kan.
(Bersambung la! penat jariku menaip eh)
(Bersambung la! penat jariku menaip eh)